SET KURUS

Malu gemuk? Tak pantas nak bergerak?
Kalau ada rasa negatif dalam diri dan keadaan badan pun banyak mengganggu tugas-tugas, jom baca seterusnya.



Yang terbaik ialah bukan nak kurus dan bukan gemuk.


Yang IDEAL ialah BMI normal. Body Mass Index atau Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran lemak badan berdasarkan ketinggian dan berat badan yang boleh digunakan untuk lelaki dan wanita dewasa.

        Kategori BMI:

         Kurang berat badan <18.5
           Berat badan normal = 18.5-24.9
         Berat badan berlebihan = 25-29.9
         Obesiti = BMI 30 - 34.9
         Obesiti teruk = 35 - 39.9
         Obesiti Mengerikan = 40 ke atas



    BMI =     Berat (kg)
              [Ketinggian (m) ]2

Berada dalam zon BMI normal menandakan kita berada dalam risiko yang rendah untuk mendapat penyakit jantung, strok dan kencing manis.

Dah makan dan cuba macam-macam ubat dan cara, tapi tak jalan. Give up la..

Sikap mudah berputus asa, nak hasil cepat, tak sabar, tak istiqamah, tapi nak hasil cepat.

Mustahil..


Ingat...... penting untuk kita  mengamalkan pemakanan yang seimbang dan senaman yang berterusan untuk kekal sihat.

Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu:
A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. 


B. Makanan membina badan 
Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. 


C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.
Selain daripada makanan yang seimbang, gaya pemakanan kita haruslah betul. Kita disarankan makan dengan kerap pada kuantiti yang betul

Waktu pemakanan yang betul adalah:
a. Sarapan
b. Minum Pagi
c. Makan Tengahari
d. Minum Petang
e. Makan Malam

Kenapa perlu makan dengan kerap?
Kerana:
a. Untuk meghalang rasa lapar yang akan menyebabkan kita condong untuk makan banyak pada hidangan seterusnya.
b. Makan lebih kerap akan mengaktifkan metabolisme kita yang mana kalori kita dibakar lebih kerap.


JIKA ANDA TELAH TERLEBIH BERAT BADAN @ OBESITI, JANGAN RISAU KERANA SHAKLEE MENYEDIAKAN MAKANAN TAMBAHAN UNTUK ANDA MENGEMBALIKAN BERAT BADAN YANG IDEAL....

SET KURUS SHAKLEE

Set Jimat: Alfafa/Herblax + Lecitin/Omega Guard



Set Asas: Alfafa/Herblax + Lecitin/Omega Guard + Cinch/Esp



Set Superb:Alfafa+Herblax+Lecitin+Omega Guard+Cinch


FAHAMI FUNGSI SETIAP SUPPLEMENT

Asasnya, set kurus shaklee bertindak melalui tiga cara iaitu:

1. Detox
2. Bakar @ pecah lemak
3. Bina otot dan tingkatkan metabolisme


Detox

Alfafa - bertindaksebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega.





Herblax - kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih barulah la badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Herbalax tidak sesuai untuk ibu-ibu yang menyusu bayi.


Bakar atau pecah lemak




Lecithin - diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.





Omega Guard - membantu proses memecahkan lemak dan membantu mengawal selera makan.






Membina otot dan tingkatkan metabolisme

Cinch Shake - didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan cafe' latte. Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisme badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan tak menggeleber setelah berat badan turun.



ESP - sumber protein yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan.  Esp sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi kerana ianya juga membantu dalam memperbanyakkan susu badan. 


PILIHLAH RANGKAIAN PRODUK YANG BERSESUAIAN DENGAN BUDGET DAN KEHENDAK ANDA.


Untuk sebarang pertanyaan, sila sms/whatapps : +6011 12977959

SET JERAGAT

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan diri.


Jeragat terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Pigmentasi (tompok hitam @ kelabu yang leper di dalam lapisan kulit).
  2. Biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit (biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok) dan juga 'skin tag' ( lebihan daging bewarna coklat @ hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

Faktor-faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat:

  • Kesan cahaya matahari
  • Faktor genetik
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang juga boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat.

Tips memilih ubat jeragat yang berkesan dan selamat: 

  • Jauhi ubat berbentuk dadah.
Memang ubat jeragat dari dadah menjanjikan kesan yang cepat.
Tetapi apa yang anda mesti tahu ialah ubat jeragat jenis ini boleh memberi kesan sampingan yang tidak baik.
Contohnya kulit pedih, merah, gatal dan sangat sensitif.
  • Jenis Peeling
Banyak ubat jeragat terutamanya yang murah beri kesan cepat melalui proses 'peeling'.
Maksudnya, ubat jeragat ini menipiskan kulit luar yang tebal.
Jeragat di permukaan boleh pudar dengan cepat seawal 2 hingga 3 minggu.
Best kan....?
TETAPI
Anda kena juga tahu, lepas anda dapat kesan, kulit akan jadi sangat sensitif.
Bila lapisan luar kulit menipis, sel akan lebih mudah rosak bila terkena matahari.
Kulit terbakar lebih cepat.
Jeragat akan tumbuh balik dengan cepat dan kronik.
Malah jeragat baru boleh jadi lebih dasyat dari yang sebelumnya.
  • Laser Jeragat
Walaupun bukan ubat, rawatan laser sangat popular untuk menghilangkan jeragat.
Ramai yang berduit akan sanggup melabur untuk rawatan laser jeragat.
Ada yang mencecah ribuan ringgit.
Lagi mahal pun ada.
Jeragat akan hilang dengan cepat.
Tapi kesan rawatan biasanya sangat menyeksakan dan kulit akan jadi pedih.
Dan juga kena elak dari cahaya matahari.
Bila kena cahaya matahari, akan terasa sakit dan sampai tidak boleh keluar rumah sampai berminggu- minggu.

  • Elakkan guna produk jeragat yang dikaburi dengan iklan model-model cantik, produk hilangkan jeragat yang diwar-warkan cepat dan murah, kulit gebu sekelip mata.
Produk jeragat seperti ini sangat banyak di pasaran, bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Bilakah mereka buat research / kajian saintifik tentang jeragat, tentang tindak balas terhadap jeragat dan kulit, tentang kesan jangka panjang?
Kat mana makmal mereka?

Pilihan rawatan jeragat yang dikatakan selamat dan berkesan ialah yang tidak menipiskan kulit, semula jadi, melalui kajian saintifik yang pakar, dan yang paling utama selamat untuk jangka panjang.

Maksudnya, jeragat akan hilang perlahan-lahan dan kulit tidak akan rosak selepas dua tiga tahun mengamalkannya.

ATASI JERAGAT DARI DALAM, BUKAN DARI LUAR!!!!

Terdapat cara semula jadi untuk menghapuskan atau pudarkan jeragat dengan pemakanan luar biasa.

Set Jeragat Pilihan Ramai iaitu Set Jeragat Lengkap Superb (GLA, Vit. C, Vit. E dan Carotomax ) dari Shaklee:

1. Stabilkan dulu HORMON dalam badan anda dengan GLA 



GLA COMPLEX (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk mengekalkan kesejahteraan sepanjang kitaran bulanan mereka.

GLA adalah omega-6 asid lemak yang badan kita gunakan untuk membentuk bahan prostaglandins- yang membantu tubuh untuk mengawal proses normal badan.

Minyak biji bunga matahari adalah satu lagi sumber Omega-6 asid lemak. Ia juga mengandungi vitamin E, yang membantu dan menyokong sistem imun dengan membantu untuk mengekalkan integriti sel.

Tekanan / Stress , tabiat makan yang tidak betul punca malapetaka pada keseimbangan hormon wanita yang menimbulkan jeragat.

Hatta wanita sihat pun, yang mengikuti diet yang baik , stress akan menganggu hormon mereka, dan akhirnya jeragat mulai menghantui kehidupan.

Tanda-tanda ketidakseimbangan hormon:

Gangguan fizikal dan emosi sebelum haid, osteoporosis, berat badan, perubahan nafsu seks , alahan, fibroid rahim, jangkitan saluran kencing, perubahan pada kulit, keletihan, kebimbangan, pengekalan air, keguguran rambut, pertumbuhan rambut pada wajah dan juga kemurungan.

Dengan menstabilkan hormon, anda akan lebih mudah mengekalkan berat badan yang sihat, menjaga kitaran haid yang tetap, dan juga akan memberikan tahap tenaga yang optimum serta menangani masalah jeragat pada muka.

Mengambil vitamin berkualiti dan mineral yang baik akan membantu mengimbangi hormon anda secara semulajadi.

Pastikan ia mengandungi vitamin C, vitamin E, kalsium, magnesium dan spektrum penuh vitamin B kompleks.

Oleh itu, GLA Complex Shaklee amat berkesan untuk mengatasi punca jeragat. Inilah ubat jeragat natural, tulen dan selamat yang BERKESAN.

GLA Complex membantu menghilangkan jeragat dengan cara menstabilkan hormon wanita yang tak menentu.

Selain itu, GLA Complex juga lengkap dengan vitamin E yang memulihkan sel jeragat yang rosak. Ianya mencerah dan menegangkan kulit untuk tanpa kesan sampingan.


2. Perkuatkan dengan Sustained Released Vita- C


Sustained-Release Vita-C Plus adalah produk yang melepaskan vitamin C semula jadi secara berterusan. ( Ajaib ya.. membolehkan vitamin C kekal di dalam darah dengan tempoh yang lebih lama ). Sistem penyampaian semula jadi yang perlahan-lahan melepaskan vitamin C. Vitamin C adalah pemakanan yang membuat "segala-galanya", merangkumi kesihatan imun, keutuhan sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan keseluruhan pembentukan badan.

Ubat jeragat ini memang digunakan secara meluas dalam merawat jeragat dengan berkesan kerana ianya semulajadi dan selamat.

Kenapa?

* mengandungi anti oksidan yang tinggi untuk menguatkan kulit.

* menahan tompok jeragat dari tumbuh. 

* mencerahkan jeragat 

* menegangkan kulit dengan cepat.


3. Halang sinaran bahaya dan dapatkan pemulihan kulit jeragat dengan pantas dengan VITAMIN-E COMPLEX.

Radiasi ultraviolet matahari yang menyebabkan melanosit membuat melanin yang lebih, yang boleh menyebabkan jeragat hadir atau menjadi lebih gelap. 


VITA-E COMPLEX

Anti-Oksida Sokongan untuk Penyenggaraan Kesihatan yang Baik

Antioksidan yang larut lemak, vitamin E menyokong fungsi imun. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E meningkatkan fungsi imun dalam golongan berusia.




Satu gel lembut kapsul menyediakan:
  • 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
  • 65 mcg selenium sebagai pelengkap kepada aktiviti vitamin E.
  • 39.4 mg Grape Seed Extract (Vitis vinifera)
  • 1 Softgel vitamin E sehari mampu mengurangkan bintik jeragat dan menghalang penuaan.

( Masker jimat dan bagus: Ambil satu softgel vitamin E, pecahkan dan sapukan pada kawasan jeragat. Ia mempercepatkan proses hilangkan jeragat. Sel itu akan diganti dengan sel baru dengn aktif).

Kehebatan Vitamin E sebagai antioksida menghalang pengoksidaan molekul lain. Pengoksidaan adalah tindak balas kimia yang boleh menghasilkan radikal bebas, yang membawa kepada rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel-sel.

Dengan vitamin E, kesan pembakaran matahari dineutralkan.

Vitamin E juga meningkatkan kadar pemulihan, proses rejuvenasi malah menghasilkan kolagen. Ia juga akan menjadikan kulit jeragat lebih cerah dan menghilangkan jeragat dengan lebih cepat.


4. Maksimumkan Perlindungan Antioksida dengan Vitamin A dari Beta Karotena dari CarotoMax Shaklee.


Perlindungan antioksidan dari Alam Semulajadi

Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan tumbuh-tumbuhan lain dengan mengasingkan dan menyampaikan lebih banyak jenis karotenoid semulajadi.

Anda tidak boleh mendapatkan tahap ini ketulenan hebat ini daripada makanan semata-mata.



Lima Karotenoid Bermanfaat:

Pengambilan harian purata karotenoid lutein, lycopene, dan beta karotena hanya 8mg.
Tetapi, Carotomax menyediakan lebih 13mg daripada karotenoid sangat bermanfaat ini.

Mengandungi ekstrak pekat daripada tomato, mikroalga, minyak kelapa, dan marigold. 

Menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan jangka panjang.
(* Kandungan nutrien setiap hidangan harian Carotomax tidak sama dengan nutrien yang terdapat dalam makanan yang dinyatakan. Maklumat pemakanan terperinci boleh didapati pada kotak informasi Carotomax. Setiap makanan membekalkan nutrien di luar yang tersenarai di carta ini.) 

Vitamin A sering berfungsi sebagai antioksidan dan mencegah kerosakan sel. SANGAT BAIK untuk mengatasi jeragat.


NAMUN, JIKA BUDGET ANDA TERHAD.......
JANGAN RISAU.!
DAPATKAN SET JERAGAT YANG JIMAT : GLA & VIT. C


Untuk sebarang pertanyaan, boleh  whatsapp ke nombor +6 011 12977959 (Nieza)
Assalamualaikum..... Blog ini menjual Set Penjagaan Kulit Muka dan Set Kecantikan Eksklusif Enfuselle dan vitamin-vitamin Semulajadi Serta Produk Kesihatan Shaklee. Jika berminat, tekan SINI untuk maklumat pembayaran.


Tekan Gambar Untuk Zoom In