"Wah! Sejak berbadan dua ni wajah berseri-seri". Tentu gembirakan ketika dipuji sebegitu. Tapi bagaimana pula kalau ... "Eh! Kenapa muka tu nampak gelap jer sejak mengandung ni?". Sememangnya ada wanita yang dipuji cantik ketika hamil namun tak ketinggalan juga ada yang mengadu kelihatan cukup 'hodoh' semasa mengandung. Jadi di sini, akan dikupaskan kenapa kulit wajah berubah saat hamil agar anda dapat memahaminya dan mencari cara terbaik untuk mengatasi perubahan yang negatif itu.
Sudahla tubuh makin membesar, wajah pula kusam dan lebih serius lagi wanita hamil dilanda permasalahan kulit seperti jerawat, jeragat dan pigmentasi, walaupun sebelum ini tidak pernah berlaku. Malah ramai juga yang mengadu kulit nampak lebih gelap semasa hamil. Mengapa ini terjadi?
Sebelum mengetahui mengapa masalah kulit boleh berlaku ketika hamil, sebaliknya ibu hamil memahami terlebih dahulu struktur kulit, ia mempunyai 3 lapisan iaitu:-
1. Epidermis - lapisan teratas sekali. Ia mengandungi sel hidup, sel kulit mati, sel pewarna kulit (melanocytes).
2. Dermis - lapisan kedua. Kolagen, elastik, bahan pelembap semulajadi kulit.
3. Hypodermis - lapisan lelemak. Ia berfungsi menstabilkan suhu badan.
Masalah kulit yang sering terjadi ketika hamil.
Pigmentasi.
Semasa hamil, hormon progesteron merangsang sel-sel melanocytes pada kulit. Lebihan melanin menjadikan kulit tampak gelap. Elakkan berjemur di bawah panas matahari kerana ia menambahkan melanin. Gunakan 'sunblock' dan bahan pencuci semulajadi yang mengandungi DHA atau AHA.
Jerawat.
Hormon progesteron turut mengaktifkan kelenjar yang mengeluarkan minyak dan kelembapan semulajadi kulit. Bila terlalu banyak kelembapan serta terdedah pada kotoran sekitaran akan menyebabkan pembentukan jerawat. Oleh sebab antibiotik tidak dibenarkan semasa hamil, ibu hamil dilarang mengambil sembarangan pil yang tidak diketahui dengan jelas kandungannya semasa hamil. Jauhi kosmetik yang mengandungi hidrokuinin dan bahan kimia toksik kerana ia menbahayakan kesihatan bahkan boleh membahaya bayi dalam kandungan juga.
Bagi ibu hamil menghadapi masalah perubahan wajah yang sebegini, ramai yang bertanya kosmetik bagaimanakah yang sesuai bagi mereka atau ia disebabkan zat yang tidak cukup dalam tubuh. Bagi mengurangkan kerisauan ibu hamil tentang perubahan wajah sebegini, berikut dikongsikan info tentang produk kosmetik yang selamat dan juga vitamin-vitamin yang terbaik untuk memenuhi keperluan zat yang seimbang bagi ibu hamil.
Sila klik untuk maklumat lanjut kosmetik yang selamat.
SKIN CARA TERBAIK DI MALAYSIA - YOUTH
Sila klik untuk maklumat vitamin terbaik untuk ibu hamil.
VITAMIN TERBAIK DAN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL.
Sila klik untuk maklumat vitamin terbaik untuk ibu hamil.
VITAMIN TERBAIK DAN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL.
Semoga ibu-ibu semua dapat melalui fasa kehamilan dengan sihat dan penuh ceria. :-)
Pengedar Shaklee
Kak Nieza
Id: 1221876
H/p: 011-1297 7959
Pengedar Shaklee
Kak Nieza
Id: 1221876
H/p: 011-1297 7959
No comments:
Post a Comment