KALSIUM
Kalsium merupakan mineral yang paling penting dan banyak
diperlukan oleh tubuh kita. Ianya membantu dalam pembentukan tulang dan gigi
serta untuk pembekuan darah, sel saraf dan kontraksi otot. Dari semua kalsium yang terkandung dalam tubuh
kita, 99% terletak pada tulang dan gigi.
Mengikut kajian, pengambilan kalsium akan menjadi paling
baik jika diambil bersama dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling
baik dengan kehadiran magnesium kerana kekurangan magnesium akan memberi kesan
kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Penting untuk kita ketahui
bahawa pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh
menyebabkan penyakit batu karang.
Kalsium diperlukan seumur hidup kita untuk melaksanakan pelbagai fungsi tubuh
seperti kalsium yang disimpan dalam tulang. Penyerapan kalsium bagi semua orang
adalah berbeza dan dipengaruhi oleh usia.
Berikut adalah jumlah keperluan kalsium sehari mengikut usia.
·
Bayi umur 0 -6 bulan :
210mg (dari air susu ibu)
·
Bayi umut 7 -12 bulan :
270mg
·
Kanak-kanak 1 -3 tahun :
500mg
·
Kanak-kanak 4 – 8 tahun :
700mg
·
Kanak-kanak 9 – 11 tahun :
1,000mg
·
Remaja 12 – 18 tahun :
1,300mg
·
Wanita 20 -50 tahun :
1,000mg
·
Wanita 51 – 70 tahun:
1,300mg
·
Lelaki 19 -70 tahun :
1,000mg
·
Warga Emas > 70 tahun :
1,300mg
Jika diperhatikan , wanita 50 tahun ke atas memerlukan
kalsium yang lebih berbanding lelaki berumur 50 tahun ke atas. Ini kerana
wanita banyak kehilangan kalsium sewaktu ‘period’, waktu mengandung, waktu
melahirkan anak dan juga waktu menyusukan. Sebab itu wanita lebih ramai
mengalami masalah Osteoporois berbanding lelaki jika meraka gagal membekalkan
kalsium yang cukup kepada tubuh.
Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
ü Otot danSaraf
-
Kebas dan rasa mencucuk
keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki
-
Kejang otot
-
Wheezing (pernafasan
berdehit)
-
Susah menelan
-
Suara berubah akibat
laryngospasm
ü Saraf
-
Mudah marah, terjejas
keupayaan intelektual
-
Kemurungan, perubahan
personaliti
-
Letih
-
Sawan
ü Lain-lain tanda
-
Sukar / suasah tidur
-
Perasaan berdebar-debar
-
Eczema (penyakit kulit)
-
Rapuh kuku
-
Sakit sendi
-
Tekanan darah tinggi
-
Gigi reput
-
Paras Kolesterol tinggi
-
Rheumatiod arthritis
-
Rickets
Apakah Penyebab Kekurangan Kalsium.
- Wanita yang mengalami menopause akan kekurangan kalsium kerana perubahan hormon estrogen memberi pengaruh terhadap proses penyerapan kalsium.
- Ibu hamil yang tidak mendapatkan bekalan kalsium dalam jumlah yang cukup boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan kekurangan kalsium.
- Penderita penyakit gangguan hormone hipoparatiroidisme.
- Tidak mendapatkan nutrisi kalsium yang secukupnya dalam diet harian.
Diet yang sihat haruslah mengandungi kesemua nutrisi yang
diperlukan oleh tubuh termasuklah kalsium. Tenusu seperti susu dan keju adalah
sumber kalsium yang diketahui umum. Namun ada juga dikalangan individu yang
alah kepada produk tenusu. Masih terdapat banyak lagi sumber kalsium yang baik.
Ini termasuklah rumpai laut, biji-bijian, badam, bijan kekacang, tiram, udang
halus, ikan yang bertulang lembut, bayam, gandum lengkap, brokoli dan keluaran
yang diperkuatkan seperti jus oren dan roti.
Jika anda dapati sukar untuk anda dapatkan bekalan kalsium
yang secukupnya dari sumber-sumber di atas, maka SHAKLEE ada menawarkan
supplemen berasaskan KALSIUM yang
dipanggil OSTEMATRIX. Ostematrix membekalkan
kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapan adalah 99%.
Formula uniknya dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut
Mati, mengandungi kalsium, magnesium,fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum,
manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan
oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan
supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang.
Lagi maklumat berkaitan Ostematrix sila klik OSTEMATRIX.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplemen kalsium
OSTEMATRIX bolehlah hubungi Kak Nieza 011-12977959 atau klik ESELL dibawah
ESELL
ESELL
No comments:
Post a Comment