MADU KELULUT 100% ASLI

Bila bercakap pasal madu, kita akan terbayang akan kemanisan rasanya. Tapi lain pula dengan madu lebah kelulut ini. Saya lebih suka rasa madu lebah kelulut ini berbanding daripada rasa madu lebah biasa dan juga madu lebah tualang.
Spesis lebah kelulut merupakan sejenis lebah tidak bersengat berasal dari keluarga 'Apidea' dan berupaya menghasilkan madu yang masam-masam manis, propolis dan 'bee bread' (roti lebah). Spesis ini mempunyai struktur sarang yang berbeza daripada lebah madu yang biasa dan menghasilkan madu bewarna kuning-kekuningan dan perang-keperangan. Warna dan bau madu ini akan bergantung kepada jenis nektar bunga yang disedut olehnya.
Khasiat madu kelulut dikatakan lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini kerana saiz kelulut yang kecil berbanding lebah biasa membolehkan kelulut menyedut pelbagai sari bunga walaupun saiz bunga itu kecil.
Umum mengetahui bahawa madu adalah pemakanan sunnah dan sangat dipercayai dapat memberi banyak khasiat untuk kesihatan. Kita digalakkan berubat dan beramal dengan madu berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah An- Nahl (lebah) ayat 68 dan 69 tentang madu yang dikumpulkan oleh lebah itu mempunyai penawar dan ubat yang menyembuhkan bagi manusia dengan izin Allah S.W.T.
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: " Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia". Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu lebah) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang berfikir".
Secara ringkasnya khasiat Madu Lebah Kelulut adalah seperti berikut:
- Meningkatkan daya tahan tubuh.
- Mencegah serangan strok.
- Melancarkan peredaran darah.
- Meningkatkan pengeluaran hormon.
- Memperkuatkan fubgsi otak dan jantung.
- Memperbaiki sel tubuh yang rosak.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang.
- Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan
- Meningkatkan kecerdasan anak.
- Membantu penyembuhan selepas pembedahan
- Mencegah kanser.
- Mengurangkan resdung.
- Membantu penyembuhan luka diabetes.
- Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong.
- Mencegah pembentukan batu karang.
- Membantu menurunkan tahap tekanan darah.
- Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah.
- Melancarkan pernafasan.
- Mengurangkan lelah/asma
- Dan banyak lagi.
Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan Madu Kelulut Asli ini boleh la hubungi Nieza 011-12977959. Madu ini dituai dari sarang kelulut yang dipelihara di sekeliling rumah. Penghantaran percuma sekitar Kota Bharu. Harga yang kami tawarkan sangat istimewa.
Ini antara sarang-sarang kelulut yang terdapat di sekeliling rumah.
Ni pula gambar telur kelulut dan kantung simpanan madu kelulut.
No comments:
Post a Comment