Anda risau haid anda tidak teratur dan dianggap tidak normal? Bimbang ia akan menjadi masalah selepas berkahwin dan menyukarkan anda untuk hamil? Jangan risau... saya ada produk terbaik yang boleh membantu anda.
Haid atau datang bulan merupakan proses fisiologi tetap yang dialami perempuan daripada masa akil baligh hinggalah menopaus (putus haid) kecuali masa mengandung dan penyusuan. Kitaran haid normal adalah 21-35 hari dan tempoh keluar haid normal adalah 7 hingga 14 hari.
Haid yang tidak teratur adalah perkara biasa yang dialami oleh remaja-remaja yang baru memasuki umur akil baligh dan juga wanita-wanita yang menghampiri tempoh menopaus. Jika anda bukan berada dalam 2 kategori berikut, ada sesuatu yamg tidak kena pada perubahan hormon badan yang memerlukan pemeriksaan doktor.
Punca-punca haid tidak teratur.
1. Hamil
Sudah menjadi kebiasaan jika hamil haid akan terhenti. Juga terdapat sesetengah kes, diawal kehamilan akan berlaku pendarahan yang boleh mengelirukan sama ada ianya darah haid atau tidak tanpa anda sedari bahawa anda sebenarnya sedang hamil. Ujian air kencing boleh dilakukan untuk dapatkan kepastian.
2. Penyusuan badan
Menyusukan bayi secara eksklusif menyebabkam hormon dalam badan anda lebih tertumpu untuk menghasilkan susu kepada si bayi.
3. Pramenopaus
Sebelum memasuki fasa menopaus (putus haid), wanita akan melalui fasa pramenopaus dimana pada waktu ini berlaku gangguan pada keseimbangan hormon yang menyebabkan berlakunya gangguan proses haid.
4. Masalah kesihatan
Haid yang tidak teratur juga berkemungkinan menandakan anda mempunyai masalah kesihatan seperti Polycystic Ovarian Syndrom (PCOS), kalenjer tiroid, kencing manis tak terkawal dan ketumbuhan. Masalah ini perlukan pemeriksaan doktor.
5. Obesiti
Obesiti menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dalam tubuh wanita dan secara automatik ia mengganggu kitaran haid.
6. Berat badan turun mendadak
Keadaan ini boleh menyebabkan haid tidak teratur kerana seperti pengidap anorexia dan bulimia. Ini dipengaruhi oleh keperluan lemak yang berkurangan saat pembentukan hormon haid.
7. Tekanan emosi
Tekanan emosi yang berlarutan akan menyebabkan haid menjadi tidak teratur.
8. Pengambilan ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat yang anda makan untuk masalah/penyakit tertentu boleh mengganggu kitaran haid. Ianya seperti ubat sawan, ubat penenang, ubat hormon dan pil perancang.
9. Ketidakseimbangan hormon
Kehidupan wanita banyak bergantung pada hormon. Gangguan hormon terjadi disebabkan pelbagai perkara seperti stress, keletihan, pemakanan, ubat-ubatan, kegiatan fizikal yang berlebihan, disfungsi ovarium, berlakunya kerosakan organ reproduksi dan banyak lagi penyebabnya.
Risiko haid tidak teratur.
Haid yang tidak teratur bukanlah menandakan anda tidak subur tapi ia akan mempengaruhi jika anda ingin hamil. Kejayaan untuk hamil agak sukar kerana anda tidak dapat menentukan waktu ovulasi dengan betul. Anda juga mungkin mempunyai masalah-masalah kesihatan dalaman yang telah menganggu perjalanan haid yang menyebabkan haid tidak teratur. Oleh itu dinasihatkan anda untuk lakukan pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti punca sebenar. Bagi mereka yang tidak ada masalah serius bolehlah cuba atasinya dengan mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan, elakkan stress dan mengambil supplemen tambahan untuk mengatasi kekurangan nutrisi yang menyumbang kepada masalah haid yang tidak teratur tersebut.
Cadangan supplemen untuk mengatasi masalah haid tidak teratur.
1. GLA Complex
GLA complex adalah suplemen terbaik untuk mengatasi masalah haid tidak teratur. Ia berfungsi menstabilkan hormon. Kaya dengan asid lemak omega 6 yang diperlukan oleh tubuh wanita untuk merawat masalah haid. Ia mengawal selia estrogen dan testosteron. Ia juga mampu melambatkan menopaus.
2. Omega Guard
Omega Guard diperbuat daripada minyak ikan. Ia mengandungi omega 3 yang mempunyai sifat anti radang di mana ia mampu melegakan gejala haid di samping mengawal hormon dan sekaligus mengubah 'mood wanita'. Ia juga membantu melindungi tubuh daripada kanser. Omega guard juga membantu dalam penurunan berat badan kerana ia berfungsi untuk membakar lemak.
3. Ostematrix
Selain berfungsi untuk mengekalkan sel tulang yang sihat, pengambilan 1000mg kalsium sehari bersama magnesium serentak dapat meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil.
4. Bcomplex
Kandungan sel darah merah yang kurang menyumbang kepada haid yang tidak teratur. Oleh itu pemakanan yang seimbang yang mengandungi Asid Folik dan B complex menyumbang kepada pembentukan sel darah yang diperlukan untuk dapatkan haid yang teratur. B complex juga dapat mencegah stress dan juga memainkan peranan yang penting untuk aktiviti sel genatik serta membantu meningkatkan metabolisme tubuh.
5. Vitamin C
Vitamin C kaya dengan pelbagai manfaat bukan sekadar untuk kecantikan sahaja. Vitamin C dapat meningkatkan paras hormon estrogen yang bertanggungjawab membantu mendorong kedatangan haid yang teratur. Peningkatan paras estrogen dapat mengecutkan rahim dan seterusnya merangsang kedatangan haid. Vitamin C juga akan mengurangkan penghasilan hormon progesteron, kesannya ia meruntuhkan dinding rahim dan haid bermula.
6. Vita-Lea
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia. Ia juga memberi perlindungan menentang kerosakkan radikal bebas dan meningkatkan kesihatan menyeluruh.
7. Vivix
Vivix dalah produk paling hot keluaran Shaklee. Ia sangat membantu wanita terutamanya dalam masalah dalaman termasuklah masalah haid. Ia antioksida yang menstabilkan hormon wanita serta mengurangkan tekanan oksidasi dalam badan yang selalu menyumbang kepada masalah hormon. Jika diamalkan berterusan, Insya Allah masalah hormon dapat diselesaikan. Vivix juga dapat memperbaiki sel tubuh, memberi tenaga pada sel, mempertahankan sel dan meningkatkan prestasi sel tubuh.
Ini adalah produk-produk cadangan yang dapat membantu masalah haid yang tidak teratur. Supplemen yang sesuai akan disyorkan mengikut permasalah yang anda hadapi. Oleh itu sila hubungi saya di nombor yang tertera dibawah untuk konsultasi terbaik.
Testimoni
Tempahan/pertanyaan
Untuk pembelian produk boleh call/wasap/sms Nieza 011-12977959. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.
No comments:
Post a Comment