Normal Ataupun Tidak Haid Anda?

Macam mana yang dikatakan haid normal? Macam mana pula haid yang tidak normal?

Kredit foto: Mr. Google

Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkugan umur yang berupaya untuk mengandung.

Haid setiap wanita adalah berbeza dari segi tempoh, warna darah menstruasi dan juga tekstur darah.

Kitaran haid yang normal biasanya berlangsung 28 hari, ditambah atau tolak 7 hari. Pendarahan haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih kerap daripada setiap 21 hari atau berlangsug lebih lama dari 8 hari. Tempoh yang tidak dijangka, awal atau lewat juga dianggap sebagai tanda kitaran yang tidak teratur.

Untuk menentukan sama ada jadual haid anda teratur, hitung dari hari terakhir tempoh haid sebelumnya dan berhenti mengira pada hari pertama haid anda yang seterusnya. Ulangi ini selama 3 bulan. 

" Jika bilangan hari antara berhenti dan bermulanya tempoh haid anda adalah berbeza sekali setiap bulan, anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur". Kata Dr. Autry (Professor O&G, Univrsity of California, San Francisco.

Walaupun kitaran haid yang tidak teratur biasanya tidak menjadi masalah, ia kadang-kadang boleh menandakan yang tubuh anda mempunyai komplikaai kesihatan. 

Jika haid anda tidak teratur, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..... Blog ini menjual Set Penjagaan Kulit Muka dan Set Kecantikan Eksklusif Enfuselle dan vitamin-vitamin Semulajadi Serta Produk Kesihatan Shaklee. Jika berminat, tekan SINI untuk maklumat pembayaran.


Tekan Gambar Untuk Zoom In