Penting untuk bakal ibu mempelbagaikan hidangan makanan mereka bagi mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan oleh dirinya serta bayi. Berikut dikongsikan tips pemakanan ibu hamil. Semoga bermanfaat untuk semua 😊.
![]() |
Kredit foto: Mr. Google |
Keseimbangan makanan yang diambil setiap hari disamping amalan gaya hidup sihat yang diamalkan menjadikan ibu hamil lebih bertenaga dan positif untuk menghadapi bulan-bulan kehamilannya.
Antara makanan yang perlu diambil adalah:
1. Buah-buahan, sayur-sayuran, snek, jus dan salad yang perlu diambil sekerap lima hidangan sehari.
2. Makanan berasaskan kanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta bijirin penuh.
3. Makanan berkalsium tinggi iaitu susu, dadih dan keju.
4. Makanan yang kaya jumlah serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang kerana ia berupaya mengelakkan masalah sembelit.
5. Makanana berprotein tinggi iaitu ayam, daging, ikan, telur serta kekacang (soya).
Namun diingatkan... ibu hamil bukan sahaja hanya perlu prihatin tentang khasiat dalam makanan tapi juga keadaan makanan itu sendiri.
Tips pemilihan makanan:
1. Pilih bahan makanan yang segar dan bebas racun.
Sebaik-baiknya beli makanan yang segar dan berada pada tahap kebersihan yang baik. Begitu juga dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus segar dan bebas dari penggunaan racun serangga.
2. Baca lebel dan kandungan nutrisi makanan.
Baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi serta kandungan kalori yang tersimpan. Sekiranya sesuai barulah boleh dibeli dan dimasak mengikut cita rasa masing-masing.
3. Periksa tarikh luput dan keadaan makanan.
Sebelum memilih makanan yang mudah disediakan sama ada dalam tin atau dibotolkan, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu adakah ia halal dan memberi khasiat kepada bayi. Dalam masa yang sama lihat tarikh luput serta keadaan bungkusannya. Jika semuanya elok yakni tidak bocor, kemik dan tercemar maka bolehlah dibeli.
Keperluan makan ibu hamil.
- Ambil makanan sekurang-kurangnya enam kali hidangan sehari.
- Pada trimester pertama, perbanyakkan makanan yang mampu membekalkan tenaga dan kaya dengan kandungan karbohidrat seperti nasi, mi dan roti.
- Mencecah trimester kedua ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti ikan, ayam dan susu.
- Trimester terakhir perbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran. Cuba kurangkan nasi dan ambil sekadar yang perlu sahaja.
Dalam pada itu terdapat juga beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ibu hamil kerana kandungan bakteria dikhuatiri menjejaskan kesihatan ibu dan janin.
1. Elakkan makanan laut yang masih mentah iaitu tiram dan sushi.
2. Elakkan makanan laut yang tidak dimasakkan dengan sempurna.
3. Elakkan bahan makanan stim bot separuh masak.
4. Sup yang siap dimasak tetapi ingin ditambah makanan laut bercengkerang, daging serta telur perlu dididihkan semula bagi mengelakkan masalah keracunan.
Ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil suplemen bagi melengkapkan nutrisi yang dikhuatiri tidak diperolehi sepenuhnya dari pemakanan seharian.
Untuk ketahui lebih lanjut suplemen yang sesuai sila klik VITAMIN TERBAIK DAN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL.
No comments:
Post a Comment