10 Tips Untuk Menjalani Diet Dengan Jayanya

Bagi memastikan misi mengurangkan berat badan melalui amalan diet berjaya, maka anda perlu tahu tentang makanan yang perlu diambil dan dielakkan kerana ia akan membantu anda makin kurus dan kekal langsing.



Kredit Foto: emsig-global.com

Pengetahuan yang akan dikongsikan di sini perlu anda amalkan agar diet anda berjaya dan anda makin sihat dan langsing sepertimana yang anda idamkan.

Tips yang perlu anda ikuti adalah:

1. Jauhi makanan daripada produk tepung yang dipertingkatkan.
Tepung putih atau tepung yang dipertingkatkan perlu dielakkan bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkN berat badan. Anda boleh cuba gantikannya dengan sayuran. Utamakan sayur-sayuran hijau.

2. Elakkan mengambil gula.
Sebaiknya kurangkan mengambil gula atau produk yang mengandungi gula. Makanan seperti coklat, gula-gula getah, biskut dan sebagainya memang enak dimakan tetapi ia tinggi gula.

3. Makan lima kali sehari dalam kuantiti kecil.
Biasakan makan lima kali sehari, mengikut waktu yang betul dari bersarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam. Tetapi awas, pastikan anda mengambil makanan yang bersesuaian dengan waktu makan anda.

4. Minum banyak air.
Anda perlu minum lebih banyak air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia akan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

5. Jalani olahraga.
Olahraga membantu anda mengeluarkan peluh, membakar lemak sekali gus membantu tubuh bergerak dengan lebih aktif. Jika tidak gemar berolahraga, rajin-rajinkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah.

6. Ambil lima sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
Buah dan sayuran dapat diambil sebagai snek di antara sarapan pagi dan tengahari, atau di antara waktu minum petang dan makan malam.

7. Makan dua hingga empat sajian protein setiap hari.
Makanan sumber protein seperti ikan, produk susu, susu dan telur, soya dan kacang-kacangan.

8. Makan sedikit (dua sajian) ikan kaya omega-3.
Kurangi lemak, terutama lemak tepu. Gunakan minyak zaitun seperti dalam hidangan salad sebagai pengganti mayones, pilih daging atau ayam tanpa lemak.

9. Kurangi gula
Kurangkan gula. Gantikan minuman bersirap dengan air putih dan elakkan minuman berkarbonat.

10. Kurangi makanan segera.
Makanan segera mengandungi banyak lemak tepu dan kurang nutrisi penting seperti serat, vitamin dan mineral. 

INGAT !!!! JANGAN BERLAPAR KETIKA BERDIET.

Ketika anda berdiet dan berada dalam keadaan lapar, tubuh akan memperlahankan metabolisme kerana tubuh tidak faham konsep diet. Disebabkan tidak tahu berapa lama ia akan berada dalam keadaan lapar, secara automatik tubuh akan cuba bertahan dengan lemak yang ada.

Tubuh akan memperlahankan kadar metabolisme  untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada dalam tubuh anda sehingga tempoh 'berlapar' anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.

Jadi.. berdietla dengan cara yang betul. Selamat berdiet dan semoga impian anda tercapai 😍

Nak dapatkan vitamin-vitamin untuk menyokong diet anda, boleh hubungi akak.

Pengedar Shaklee
NIEZA
H/p: 011-12977959
ID: 1221876

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..... Blog ini menjual Set Penjagaan Kulit Muka dan Set Kecantikan Eksklusif Enfuselle dan vitamin-vitamin Semulajadi Serta Produk Kesihatan Shaklee. Jika berminat, tekan SINI untuk maklumat pembayaran.


Tekan Gambar Untuk Zoom In