Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini Kak Nieza ingin berkongsi dengan anda semua apakah hasilnya setelah Kak Nieza menggunakan produk penjagaan kulit Youth ini. Youth dikeluarkan oleh Shaklee setelah 8 tahun kajian yang komprehensif dijalankan. Lama kan. Bukan calang-calang produk.
Sebelum tu, akak akan ceritakan bagaimana akak boleh terjebak dengan produk Shaklee ni.
Produk Shaklee yang pertama yang akak gunakan adalah Omega Guard. Waktu tu tengah mengandung dan tercari-cari produk omega yang sangat penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Banyak-banyak produk omega di pasaran akak berminat untuk membeli Omega Guard Shaklee. Bukan dipengaruhi oleh mana-mana pengedar tapi akak buat pencarian info dan merumuskan bahawa Omega Guard Shaklee lah yang terbaik. Walaupun harga mahal berbanding dengan produk omega lain tapi kualitinya mampu mengatasi harga.
Seterusnya selepas bersalin, akak dapati kulit muka akak menjadi kusam, gelap dan mula mengeluarkan jeragat. Sewaktu tu akak sememangnya belum ada skin care yang khusus memandangkan skin care yang akak cuba sebelum ini tidak memuaskan hati walaupun dari jenama-jenama terkenal. Kebanyakan skin care yang akak cuba menjadikan kulit akak lebih berminyak. Ini menyebabkan akak tidak selesa. Akhirnya akak memilih untuk memakai pencuci berbentuk sabun sahaja tanpa menggunakan set lengkap. Mungkin sebab itulah muka akak menjadi kusam dan berjeragat. Ditambah juga dengan perubahan hormon sewaktu mengandung. Dan mungkin juga tindakan akak yang suka mencuba pelbagai jenama skin care sebelum ini telah terguna skin care yang mengandungi bahan kimia berbahaya menyebabkan kulit akak menjadi tidak sihat dan teruk.
Lebih dua tahun setelah bersalin, akak terus mencuba pelbagai produk yang dikatakan mampu mengatasi masalah kulit kusam dan berjeragat namun masih belum jumpa yang betul-betul dapat merawat masalah tersebut. Pada masa itulah akak teringat kembali kepada Shaklee.
Akak nekad untuk menggunakan produk skin care Shaklee yang pada masa itu NutriWhite. Walaupun harganya mahal mencecah ratusan ringgit namun akak percaya akan kualitinya dan jaminan Shaklee bahawa semua produknya adalah dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya. Sewaktu menggunakan produk NutriWhite akak dapati ianya sesuai dengan kulit akak. Tidak rasa melekit dan tidak rasa berminyak. Kulit pun semakin cerah. Namun jodoh dengan NutriWhite hanya sekejap sahaja sebab pengeluarannya dihentikan. Dikhabarkan Shaklee akan mengeluarkan skin care baru diberi nama YOUTH dengan teknologi pembaharuan sel kulit.
Sewaktu itu akak dah teruja nak menggunakannya. Dah tahu NutriWhite skin care pun dah bagus dan tentulah Shaklee akan keluarkan produk yang lebih hebat lagi. 7 bulan jugalah tunggu skin care YOUTH masuk ke Malaysia walaupun 2017 Shaklee dah pasarkan YOUTH itu di US. Ini kerana prosedur-prosedur yang perlu dilalui sebelum diberi kebenaran untuk dipasarkan di Malaysia.
3 Feb 2018 dengan rasminya YOUTH dilancarkan di Malaysia. Tapi pada Feb tu, jualannya hanya dibuka kepada leader-leader Shaklee sahaja. Bulan Mac barulah ia dipasarkan secara terbuka. Akak adalah orang terawal yang menggunakan YOUTH ini. Perasaan memang sangat teruja untuk menggunakannya tambahan pula dikhabarkan dengan kehebatan produk ini yang mampu memadamkan sedekad penuaan kulit wajah kita. Dengan teknologi yang ada dalam rangkaian produk penjagaan kulit muka ini, ia bersifat anti-aging dan sememangnya berkuasa merawat masalah kulit dan jeragat.
Kini telah lebih sebulan akak menggunakan skin care youth dan kesannya amat menakjubkan. Seawal 5 hari kulit yang kusam sudah menunjukkan tanda-tanda proses pencerahan kulit sedang berlaku. Cepatkan?
Dengan wajah yang kusam, sebenarnya jeragat telah pun muncul. Tapi oleh sebab kulit yang gelap maka tidak nampak jelas akan kemunculan jeragat tersebut. Namun bila kulit semakin cerah barulah jelas kelihatan jeragat.
Selepas 56 hari, jelas kelihatan jeragat makin pudar. Memang menakjubkan Youth skin care. Ini kerana ia dicipta dengan keupayaan menyasarkan pada peringkat sel kulit.
Kini kita tidak perlu lagi mengorbankan keselamatan untuk keberkesanan kerana produk YOUTH adalah:
100% vagen
Hipoalergenik
Non- Comedogenic
Diuji oleh ahli dermatologi
Diuji oleh ahli oftalmologi.
Sekian dulu perkongsian akak buat hari ini. Akak akan update perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Jika anda berminat nak dapatkan Youth skincare ini bolehlah hubungi akak 011-12977959.
Akak akan ajar anda cara penggunaan Youth Skin Care yang betul.
Sekian 😍.
Nieza
H/p: 011-12977959
ID: 1221876
Pengedar YOUTH.
No comments:
Post a Comment