CARA CEPAT,MUDAH DAN SELAMAT ATASI MASALAH SEMBELIT.

Sembelit bukan penyakit tapi menyakitkan. Jangan malu jika anda mengalami masalah sembelit. Ada cara cepat, mudah dan selamat untuk mengatasinya.

Kredit Picture: Mr. Google

Jika anda mengalami masalah sembelit, itu bermakna tidak terdapat air secukupnya dalam najis anda. Masalah ini berlaku apabila terlalu banyak cecair diserap dalam usus. najis yang terlalu keras dan kering amat sukar dibuang.

Sembelit adalah gejala, bukannya penyakit. Berikut adalah beberapa masalah biasa penyebab sembelit:-

1. Diet yang kurang baik - penyebab utama sembelit mungkin daripada diet anda yang tinggi lemak haiwan dan gula bertapis tetapi rendah serat. Terutamanya serat yang dilarutkan.

2. Sindrom usus rengsa yang juga dikenali sebagai sindrom kolon spastik.

3. Tabiat usus yang tidak baik seperti tidak menghiraukan keinginan untuk membuang air besar. Ada individu yang mengelak untuk menggunakan tandas awam, manakala ada juga yang sibuk. Selepas satu jangka masa, mereka menghentikan rasa untuk membuang air besar. Keadaan ini membawa kepada masalah sembelit yang berterusan.

4. Salah guna laksatif - Biasanya tabiat mengambil perangsang laksatif ini menjadikan anda bergantung sepenuhnya kepada laksatif. ia mampu membuatkan usus menjadi kurang sensitif dan gagal berfungsi dengan sempurna.

5. Melancong boleh membuatkan masalah sembelit kerana terdapat perubahan dalam gaya hidup, jadual, diet dan air minum.

6. Gangguan hormon ketika hamil turut boleh menyebabkan sembelit.

7. Rekahan dan buasir. Keadaan dubur yang menyakitkan ini boleh menghasilkan kekejangan pada otot dubur yang boleh menangguhkan pergerakan usus.

Anda tidak boleh memandang remeh masalah sembelit. Ini kerana sembelit yanag tidak dirawat boleh membawa kepada masalah yang lebih besar seperti buasir dan koyakan pada kulit sekeliling dubur yang boleh membuatkannya berdarah.

Pastikan anda mendapat rawatan doktor dengan segera jika mengalami sebarang gejala-gejala sembelit seperti berikut:-
  • Sakit perut.
  • Darah dalam najis.
  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat diterangkan.
  • Ketidakbolehan melakukan pergerakan usus.

Cara cepat, mudah dan selamat mengatasi masalah sembelit.

1.  Mendapatkan serat secukupnya. Serat ini boleh menjadikan najis lebih besar dan lembut sekaligus memudahkan ia dibuang. Tambahkan serat dalam pemakanan sehingga anda mendapat lebih kurang 20 hingga 35mg serat setiap hari. Antara sumber-sumber serat yang boleh dijadikan diet harian anda adalah bijirin, roti, beras perang, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.

2. Minum air secukupnya. Cubalah minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari,

3. Menghadkan makanan tinggi lemak dan rendah serat seperti keju, produk tenusu, makanan diproses dan daging.

4. Anda juga boleh memilih pemakanan tambahan yang tinggi serat jika anda tidak mempunyai masa untuk menguruskan menu makanan yang seimbang. Herb-Lax Shaklee adalah sumber serat terbaik untuk melegakan masalah sembelit. 




Sembelit




Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. ia mengandungi 9 herba semulajadiyang bersifat menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Herba-herba yang terdapat dalam Herb-lax adalah:-

Senna leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckhorn bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi lembapan pada usus.

Licorice root - Membantu proses detokisfikasi.

Fennel seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

Anise seeds - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.

Blue malva flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

Culver's root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Alfafa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati.


Testimoni pengguna Herb-lax Shaklee.

Sembelit
 
.
Sembelit
 Artikal ini bertujuan memberi kesedaran umum tentang masalah sembelit, bukan untuk mendiagnosis penyakit. Dapatkan nasihat doktor.


Jika anda berminat untuk dapatkan Herb-lax Shaklee ataupun ingin mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah wasap Kak Nieza di nombor 011-1297 7959.

"Ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda untuk najis yang lembut dan lancar" :-)


Pengedar Shaklee
Kak Nieza
Id: 1221876
H/p: 011-12977959





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..... Blog ini menjual Set Penjagaan Kulit Muka dan Set Kecantikan Eksklusif Enfuselle dan vitamin-vitamin Semulajadi Serta Produk Kesihatan Shaklee. Jika berminat, tekan SINI untuk maklumat pembayaran.


Tekan Gambar Untuk Zoom In