KEPENTINGAN KALSIUM PADA TUBUH


KALSIUM 


Kalsium merupakan mineral yang paling penting dan banyak diperlukan oleh tubuh kita. Ianya membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta untuk pembekuan darah, sel saraf dan kontraksi otot.  Dari semua kalsium yang terkandung dalam tubuh kita, 99% terletak pada tulang dan gigi.
Mengikut kajian, pengambilan kalsium akan menjadi paling baik jika diambil bersama dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium kerana kekurangan magnesium akan memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Penting untuk kita ketahui bahawa pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.
Kalsium diperlukan seumur hidup kita  untuk melaksanakan pelbagai fungsi tubuh seperti kalsium yang disimpan dalam tulang. Penyerapan kalsium bagi semua orang adalah berbeza dan dipengaruhi  oleh usia. Berikut adalah jumlah keperluan kalsium sehari mengikut usia.

·         Bayi umur 0 -6 bulan : 210mg (dari air susu ibu)
·         Bayi umut 7 -12 bulan : 270mg
·         Kanak-kanak 1 -3 tahun : 500mg
·         Kanak-kanak 4 – 8 tahun : 700mg
·         Kanak-kanak 9 – 11 tahun : 1,000mg
·         Remaja 12 – 18 tahun : 1,300mg
·         Wanita 20 -50 tahun : 1,000mg
·         Wanita 51 – 70 tahun: 1,300mg
·         Lelaki 19 -70 tahun : 1,000mg
·         Warga Emas > 70 tahun : 1,300mg

Jika diperhatikan , wanita 50 tahun ke atas memerlukan kalsium yang lebih berbanding lelaki berumur 50 tahun ke atas. Ini kerana wanita banyak kehilangan kalsium sewaktu ‘period’, waktu mengandung, waktu melahirkan anak dan juga waktu menyusukan. Sebab itu wanita lebih ramai mengalami masalah Osteoporois berbanding lelaki jika meraka gagal membekalkan kalsium yang cukup kepada tubuh.
  

Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
 
ü  Otot danSaraf
-          Kebas dan rasa mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki
-          Kejang otot
-          Wheezing (pernafasan berdehit)
-          Susah menelan
-          Suara berubah akibat laryngospasm

ü  Saraf
-          Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual
-          Kemurungan, perubahan personaliti
-          Letih
-          Sawan

ü  Lain-lain tanda
-          Sukar / suasah tidur
-          Perasaan berdebar-debar
-          Eczema (penyakit kulit)
-          Rapuh kuku
-          Sakit sendi
-          Tekanan darah tinggi
-          Gigi reput
-          Paras Kolesterol tinggi
-          Rheumatiod arthritis
-          Rickets

Apakah Penyebab Kekurangan Kalsium.
  •  Wanita yang mengalami menopause akan  kekurangan kalsium kerana perubahan hormon estrogen memberi pengaruh terhadap proses penyerapan kalsium.
  •  Ibu hamil yang tidak mendapatkan bekalan kalsium dalam jumlah yang cukup boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan kekurangan kalsium.
  •  Penderita penyakit gangguan hormone hipoparatiroidisme.
  •  Tidak mendapatkan nutrisi kalsium yang secukupnya dalam diet harian.

Diet yang sihat haruslah mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh termasuklah kalsium. Tenusu seperti susu dan keju adalah sumber kalsium yang diketahui umum. Namun ada juga dikalangan individu yang alah kepada produk tenusu. Masih terdapat banyak lagi sumber kalsium yang baik. Ini termasuklah rumpai laut, biji-bijian, badam, bijan kekacang, tiram, udang halus, ikan yang bertulang lembut, bayam, gandum lengkap, brokoli dan keluaran yang diperkuatkan seperti jus oren dan roti.
Jika anda dapati sukar untuk anda dapatkan bekalan kalsium yang secukupnya dari sumber-sumber di atas, maka SHAKLEE ada menawarkan supplemen berasaskan KALSIUM  yang dipanggil  OSTEMATRIX. Ostematrix membekalkan kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Formula uniknya dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium,fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang.


Lagi maklumat berkaitan Ostematrix sila klik OSTEMATRIX.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplemen kalsium OSTEMATRIX bolehlah hubungi Kak Nieza 011-12977959 atau klik ESELL dibawah
ESELL

VITAMIN TERBAIK DAN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL

SET IBU HAMIL 

Hamil adalah pengalaman yang sangat indah bagi seorang wanita. Walaupun pelbagai ragam yang perlu dihadapi oleh wanita hamil untuk mereka sesuaikan diri semasa proses kehamilan ini, namun mereka tetap tabah menghadapinya demi untuk melihat zuriat permata hati selamat lahir ke dunia. Alahan merupakan perkara yang merisaukan ibu-ibu hamil kerana mereka bimbang perkara itu akan menjejaskan kerja-kerja dan rutin harian mereka. lain individu lain cabarannya. Bagi mereka yang tidak mengalami alahan, alhamdulillah melalui pengalaman mengandung trimester pertama dengan selesa. Bagi yang mengalami alahan, masalah itu hanya sementara sahaja dan akan makin berkurangan apabila memasuki trimester kedua dan ketiga. Anda haruslah tabah dan kuat untuk melawan alahan tersebut dan cuba mencari penyelesaian yang sesuai.

Di sini akak nak kongsikan set untuk ibu-ibu hamil yang terbaik dan hot di pasaran sekarang supaya anda semua dapat melalui proses kehamilan dengan sihat dan membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk bayi dalam kandungan. Kekurangan nutrisi dan zat semasa hamil boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan. Kebanyakkan wanita hamil amat prihatin terhadap isu nutrisi kerana mereka tahu ia mempengaruhi pembesaran bayi di dalam rahim.


ESP, Omega Guard, SR Vita-c Plus, Ostematrix, B-Complex, Vita-LEA
Vitamin yang lengkap untuk ibu hamil


Keperluan ibu hamil yang paling utama ialah nutrisi yang seimbang yang merangkumi keperluan 'macro-nutrien' seperti karbohidrat, protein, lemak, serat dan keperluan 'micro-nutrien' seperti vitamin dan mineral. bagi wanita yang mengikut program antenatal dibawah jagaan KKM, mereka kaan dibekalkan dengan vitamin dan mineral yang asas yang terdiri daripada Vitamin B-Complex, Vitamin C, Asid Folic, zat besi dan zink. Jenis vitamin yang dibekalkan mungkin berbeza di setiap negeri tetapi kandungan asasnya tidak jauh berbeza. Set Hamil Shaklee pula terdiri daripada Vita-Lea with Iron (multivitamin), Vitamin B-complex beserta Asid Folic, Vitamin C, Ostematrix , Omega Guard dan ESP. Jadi apa perbezaannya?

Secara umumnya, jika dilihat tiada beza. Set ini hampir sama dengan yang biasa dibekalkan oleh KKM. Perbezaan ia lebih lengkap kerana ditambah pil kalsium (Ostematrix), Omega 3 (omega Guard) dan ESP (sumber protein berkualiti tinggi) dan dos yang disyorkan adalah bersesuaian dengan keperluan ibu semasa hamil. Anda bebas memilih yang anda ingin makan. tapi ramai ibu-ibu hamil yang telah memilih untuk makan Vitamin keluaran Shaklee ini kerana alasan merekatidak tahan dengan bau vitamin yang dibekalkan oleh KKM. Mereka lebih gemar Vitamin Shaklee kerana vitamin ini diperolehi dari sumber alam semulajadi dan baunya menyenangkan untuk mereka makan serta set hamil Shaklee membekalkan nutrisi dan zat yang secukupnya lengakap bagi keperluan ibu dan bayi.

Berikut diterangkan fungsi bagi setiap vitamin dalam set Hamil Shaklee:

1) Vita-Lea Iron Formula (multivitamin)
  • Ia adalah multivitamin yang lengkap dimana setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dann buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Zat besi dalam Vita-Lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mengalami maslah HB rendah (mudah pitam, lesu, pening, sejuk kaki dan tangan, kulit dan kuku pucat), kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2) Sustained Release Vita-C
  • Sebagai aintioksida membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi, mengurangkan masalah gusi berdarah, sumber kolagen agar kulit perut dapat menegang dengan cantik (kurangkan stretch mark)
  • membantu penyerapan ion - kalau tidak cukup Vitamin C, makanlah iron sekapal pun takkan diserap oleh badan.
3) B-Complex
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B-Complex juga vitamin anti stress, Jadi bila tiada stress, penhgasilan susu lebih baik.
  • B-complex Shaklee juga mengandungi asid folik. Ibu mengandung perlukan minima 400mcg asid folik untuk persediaan mengandung terutama sepanjang trimester pertama dan juga sepanjang mengandung. 400mcg folik asid ini boleh diperolehi melalui 1 tablet Shaklee B-Complex + 1 tablet Vita-Lea (sila semak label vitamin).
4) Energizing Soy Protein Isolated Powder (ESP)
  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • ESP adalah sumber protein non-GMO soy
  • Ia mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. selain itu, protein dikatakan membantu mengawal keseimbagan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix
  • Sumber kalsium-magnesium, Vitamin D dan lain-lain
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang dan gigi dan saraf dalam tubuh manusia. bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang rendah.
  • Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) Omega Guard (EPA & DHA)
  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembagan otak, serta aspek-aspek lain perkembagan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri. Mereka memperolehi DHA daripada susu ibu sebelum meraka dilahirkan. DHA didapati melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalamai kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan suplemen Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu menyusu. Ini adalah untuk menambahkan DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kualiti DHA untuk ibu sendiri.
  • Ia juga membantu mengurangkan kolesterol ibu.
  • Sebaiknya diamalkan waktu trimester 2 dan 3.
Kesimpulannya, pengambilan nutrisi yang lengakap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada:
  1. Kesihatan ibu terjaga.
  2. Perkembangan bayi yang sihat
  3. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  4. pencegahan bayi dari mendapat juandice

Berminat nak dapatkan Set Hamil Shaklee bolehlah hubungi Kak Nieza 011-12977959

atau Klik ESELL di bawah untuk belian online yang cepat dan selamat.
ESELL

VITAMIN TERBAIK UNTUK MENGATASI KELETIHAN/KELESUAN

OSTEMATRIK + B-COMPLEX

 

B-Complex & Ostematrix
Keluar jam 8.30 pagi, pukul 6.30 petang baru sampai rumah. Kalau jalan jemmed pulak, hampir Maghrib baru sampai. Dah penat bekerja di pejabat, sampai di rumah perlu selesaikan tugasan rumah, memasak, hidang makan malam, membasuh pakaian, menguruskan anak-anak. Nak mengemas rumah lagi setelah seharian tinggal, anak dah sepah-sepahkan. Pukul 11 malam baru clear semua tugas, baru boleh masuk tidur. Tu pun kalau masuk bilik boleh tidur terus. Kalau tidak menghampiri pukul 12 juga tidurnya sambil melayan sikecil. Nak melayan cerita-cerita kat tv ni, sorry la meme tak sempat. Pagi esok, awal pagi perlu uruskan anak-anak nak sekolah. Rutin itu lah yang diulang 5 kali seminggu. Hujung minggu pula sibuk menghantar anak tuisyen. Agak-agak kalu tubuh tak cukup sihat apa yang terjadi?

Kalau dulu akak selalu je rasa pening. Kadang-kadang bila nak sujud solat tu kepala rasa pusing-pusing. Masa baring nak tido pun bila pandang siling kepala rasa pusing-pusing juga. Kadang-kadang berpinar mata nampak bintang-bintang kecil tu. Risau juga time datang masalah gitu. Takut ada masalah kesihatan yang kronik. Tapi bila rujuk pada doktor, alhamdulillah doktor kata tiada apa-apa masalah. Cuma badan keletihan. Jadi doktor bagi mc suruh berehat dan vitamin untuk pulihkan tubuh. Pergi klinik pun doktor akan bagi vitamin untuk masalah keletihan ni.

Kesimpulannya tubuh kita mestilah cukup sihat dan mendapat nutrien yang secukupnya untuk membolehkan kita  kekal cergas dan melaksanakan tugas harian kita tanpa masalah. Kini akak mengamalkan pengambilan suplemen setiap hari bagi mencergaskan tubuh. Pilihan akak tentunya B-Complex dan Ostematrix dari Shaklee. Akak ambil kedua-dua vitamin tu sebelum tidur. Bangun keesokan paginya dah hilang semua lenguh-lenguh badan, tidur pun lena dan yang pastinya bangun dalam keadaan tubuh yang segar. Nak bangun awal pun dah tak jadi masalah sebab kita dah dapat tidur yang berkualiti. Badan pun dan tak stres. Bagaimana kedua-dua vitamin ini telah membantu akak?

Manfaat  B-Complex:
  • Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh,merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus. 
Manfaat  Ostematrik:
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artristis.
  • Meringankan stres - ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 
  • Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

Kenapa akak pilih produk dari Shaklee dan bukannya dari jenama lain? 

  • Kita kena tahu bahawa suplemen yang ada di pasaran terdiri daripada sintetik, organik dan semulajadi. Shaklee adalah produk semulajadi. Ia dihasilkan dengan pemprosesan seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi.
  • Produk keluaran Shaklee adalah selamat. Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia untuk mendapatkan sumber bahan-bahan  semula jadi yang terbaik. Kemudian mereka menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani yang baru untuk logam berat, racun serangga atau beratus-ratus bahan cemar yang berbahaya yang lain. Itulahlah sebabnya Shaklee benar-benar yakin setiap produk keluarannya 100% selamat untuk digunakan.
  • Shaklee menjamin keberkesanan penuh untuk semua produk keluarannya dan mereka mempunyai bukti. Kita dapat melihatnya di dalam lebih 100 kertas kerja saintifik, 90 daripadanya diterbitkan dalam jurnal ulasan yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee.
Jadi bagi memastikan tubuh tidak lagi lesu keletihan, dan nak hilangkan sengal-sengal badan akibat penat buat kerja, nak tidur yang lena bolehlah amalkan pengambilan supplemen B-Complex dan Ostemtarik. Insya Allah pasti dapat menyelesaikan masalah anda.

Wasap/ sms Nieza 011-12977959.


Klik ESELL dibawah untuk pembelian online yang cepat dan selamat.
ESELL
Assalamualaikum..... Blog ini menjual Set Penjagaan Kulit Muka dan Set Kecantikan Eksklusif Enfuselle dan vitamin-vitamin Semulajadi Serta Produk Kesihatan Shaklee. Jika berminat, tekan SINI untuk maklumat pembayaran.


Tekan Gambar Untuk Zoom In