CARA BERKESAN MELEGAKAN KEBAS-KEBAS, LENGUH-LENGUH BADAN DAN SAKIT URAT

Kebas-kebas, lenguh-lenguh badan dan sakit urat itu memang istilah biasa yang selalu keluar dari mulut warga emas. Masalah ini sukar nak dielakkan akibat faktor penuaan. Tetapi kini, golongan muda juga telah ramai yang mengalami masalah ini. Sebabnya mungkin aktiviti dan gaya hidup mereka yang mempengaruhinya. Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada cara berkesan dan selamat untuk melegakannya.

 

Kredit Picture: Mr. Google

 

Kebas-kebas, lenguh-lenguh badan dan sakit urat itu semua berkait dengan kesihatan saraf kita. Sistem saraf bermula daripada otak sehingga ke saraf tunjang. Ia serupa seperti pendawaian elektrik yang membekalkan kuasa elektrik ke seluruh bangunan. Saraf kita juga menghantar isyarat elektrik ke tubuh badan kita.
 

Saraf mengawal organ deria, ia juga menggerakkan otot-otot kita malah ia turut mengawal fungsi penting yang berlaku di luar kawalan seperti denyutan jantung, pencernaan dan pernafasan.

Kesihatan saraf boleh terjejas akibat gaya hidup seperti pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup yang lebih banyak duduk, ketidakseimbangan diet dan kekurangan vitamin. Duduk terlalu lama, memakai kasut tinggi serta pakaian ketat, melakukan kegiatan berulang seperti menaip, memasak dan 'texting' juga memberi tekanan pada saraf. Saraf juga boleh rosak akibat lebihan berat badan  dan trauma fizikal seperti kemalangan kenderaan, jatuh atau kecederaan bersukan. Punca lain termasuklah penyakit diabetes, buah pinggang, penyakit hati, otoimun dan pendedahan kepada toksin.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mengenalpasti punca sebenar masalah kesihatan anda. Adakah berkait dengan otoimun, penyakit atau kekurangan vitamin.

Disini, Kak Nieza ingin kongsikan cara berkesan untuk melegakan kebas-kebas, lenguh-lenguh badan dan sakit urat serta untuk meningkatkan mutu kesihatan anda.  Supplemen OSTEMATRIX SHAKLEE sangat-sangat membantu untuk melegakan masalah tersebut. Apakah itu Ostematrix?


 
Ostematrix Shaklee

 

Ia adalah pil kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Formula uniknya dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Apakah manfaat utama Ostematrix?

1. Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

3. Meringankan stres - ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Pangalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

5. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

Kandungan vitamin dan mineral lain bersama kalsium dalam Ostematrix ini menjadikan ianya pil kalsium yang sangat seimbang. Lain dari pil kalsium yang berada dipasaran. Apakah fungsi2 vitamin dan mineral tersebut?

1. Vitamin D : Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi umur 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen vitamin D.

2. Magnesium : Ini adalah ion positif no. 2 penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zinc, boron, manganes, kuprum: Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.






 TESTIMONI PENGGUNA OSTEMATRIX








 **Artikel ini bertujuan memberi kesedaran umum tentang masalah dan rawatan kebas-kebas, lenguh-lenguh dan sakit urat, bukan untuk mendiagnosis penyakit. Dapatkan nasihat doktor.**



Jika anda berminat untuk dapatkan Ostematrix Shaklee boleh lah hubungi Kak Nieza 011-1297 7959 untuk pertanyaan lanjut.

"Jaga kesihatan dengan vitamin semulajadi".


Pengedar Shaklee
Kak Nieza
Id: 1221876
Hp: 011 - 1297 7959

DILEMA WANITA HAMIL: KULIT WAJAH BERUBAH, FAHAMI PUNCA DAN CARA MENGATASINYA.

"Wah! Sejak berbadan dua ni wajah berseri-seri".  Tentu gembirakan ketika dipuji sebegitu. Tapi bagaimana pula kalau ... "Eh! Kenapa muka tu nampak gelap jer sejak mengandung ni?". Sememangnya ada wanita yang dipuji cantik ketika hamil namun tak ketinggalan juga ada yang mengadu kelihatan cukup 'hodoh' semasa mengandung. Jadi di sini, akan dikupaskan kenapa kulit wajah berubah saat hamil agar anda dapat memahaminya dan mencari cara terbaik untuk mengatasi perubahan yang negatif itu.

 
Kulit wajah berubah saat hamil. Apa puncanya?


Sudahla tubuh makin membesar, wajah pula kusam dan lebih serius lagi wanita hamil dilanda permasalahan kulit seperti jerawat, jeragat dan pigmentasi, walaupun sebelum ini tidak pernah berlaku. Malah ramai juga yang mengadu kulit nampak lebih gelap semasa hamil. Mengapa ini terjadi?

Sebelum mengetahui mengapa masalah kulit boleh berlaku ketika hamil, sebaliknya ibu hamil memahami terlebih dahulu struktur kulit, ia mempunyai 3 lapisan iaitu:- 

1. Epidermis - lapisan teratas sekali. Ia mengandungi sel hidup, sel kulit mati, sel pewarna kulit (melanocytes).
2. Dermis - lapisan kedua. Kolagen, elastik, bahan pelembap semulajadi kulit.
3. Hypodermis - lapisan lelemak. Ia berfungsi menstabilkan suhu badan.

Masalah kulit yang sering terjadi ketika hamil.

Pigmentasi.
Semasa hamil, hormon progesteron merangsang sel-sel melanocytes pada kulit. Lebihan melanin menjadikan kulit tampak gelap. Elakkan berjemur di bawah panas matahari kerana ia menambahkan melanin. Gunakan 'sunblock' dan bahan pencuci semulajadi yang mengandungi DHA atau AHA.
Jerawat.
Hormon progesteron turut mengaktifkan kelenjar yang mengeluarkan minyak dan kelembapan semulajadi kulit. Bila terlalu banyak kelembapan serta terdedah pada kotoran sekitaran akan menyebabkan pembentukan jerawat. Oleh sebab antibiotik tidak dibenarkan semasa hamil, ibu hamil dilarang mengambil sembarangan pil yang tidak diketahui dengan jelas kandungannya semasa hamil. Jauhi kosmetik yang mengandungi hidrokuinin dan bahan kimia toksik kerana ia menbahayakan kesihatan bahkan boleh membahaya bayi dalam kandungan juga.
Bagi ibu hamil menghadapi masalah perubahan wajah yang sebegini, ramai yang bertanya kosmetik bagaimanakah yang sesuai bagi mereka atau ia disebabkan zat yang tidak cukup dalam tubuh. Bagi mengurangkan kerisauan ibu hamil tentang perubahan wajah sebegini, berikut dikongsikan info tentang produk kosmetik yang selamat dan juga vitamin-vitamin yang terbaik untuk memenuhi keperluan zat yang seimbang bagi ibu hamil.

Sila klik untuk maklumat lanjut kosmetik yang selamat.
SKIN CARA TERBAIK DI MALAYSIA - YOUTH

Sila klik untuk maklumat vitamin terbaik untuk ibu hamil. 
 VITAMIN TERBAIK DAN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL.


Semoga ibu-ibu semua dapat melalui fasa kehamilan dengan sihat dan penuh ceria. :-)

Pengedar Shaklee
Kak Nieza
Id: 1221876
H/p: 011-1297 7959 

CARA CEPAT,MUDAH DAN SELAMAT ATASI MASALAH SEMBELIT.

Sembelit bukan penyakit tapi menyakitkan. Jangan malu jika anda mengalami masalah sembelit. Ada cara cepat, mudah dan selamat untuk mengatasinya.

Kredit Picture: Mr. Google

Jika anda mengalami masalah sembelit, itu bermakna tidak terdapat air secukupnya dalam najis anda. Masalah ini berlaku apabila terlalu banyak cecair diserap dalam usus. najis yang terlalu keras dan kering amat sukar dibuang.

Sembelit adalah gejala, bukannya penyakit. Berikut adalah beberapa masalah biasa penyebab sembelit:-

1. Diet yang kurang baik - penyebab utama sembelit mungkin daripada diet anda yang tinggi lemak haiwan dan gula bertapis tetapi rendah serat. Terutamanya serat yang dilarutkan.

2. Sindrom usus rengsa yang juga dikenali sebagai sindrom kolon spastik.

3. Tabiat usus yang tidak baik seperti tidak menghiraukan keinginan untuk membuang air besar. Ada individu yang mengelak untuk menggunakan tandas awam, manakala ada juga yang sibuk. Selepas satu jangka masa, mereka menghentikan rasa untuk membuang air besar. Keadaan ini membawa kepada masalah sembelit yang berterusan.

4. Salah guna laksatif - Biasanya tabiat mengambil perangsang laksatif ini menjadikan anda bergantung sepenuhnya kepada laksatif. ia mampu membuatkan usus menjadi kurang sensitif dan gagal berfungsi dengan sempurna.

5. Melancong boleh membuatkan masalah sembelit kerana terdapat perubahan dalam gaya hidup, jadual, diet dan air minum.

6. Gangguan hormon ketika hamil turut boleh menyebabkan sembelit.

7. Rekahan dan buasir. Keadaan dubur yang menyakitkan ini boleh menghasilkan kekejangan pada otot dubur yang boleh menangguhkan pergerakan usus.

Anda tidak boleh memandang remeh masalah sembelit. Ini kerana sembelit yanag tidak dirawat boleh membawa kepada masalah yang lebih besar seperti buasir dan koyakan pada kulit sekeliling dubur yang boleh membuatkannya berdarah.

Pastikan anda mendapat rawatan doktor dengan segera jika mengalami sebarang gejala-gejala sembelit seperti berikut:-
  • Sakit perut.
  • Darah dalam najis.
  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat diterangkan.
  • Ketidakbolehan melakukan pergerakan usus.

Cara cepat, mudah dan selamat mengatasi masalah sembelit.

1.  Mendapatkan serat secukupnya. Serat ini boleh menjadikan najis lebih besar dan lembut sekaligus memudahkan ia dibuang. Tambahkan serat dalam pemakanan sehingga anda mendapat lebih kurang 20 hingga 35mg serat setiap hari. Antara sumber-sumber serat yang boleh dijadikan diet harian anda adalah bijirin, roti, beras perang, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.

2. Minum air secukupnya. Cubalah minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari,

3. Menghadkan makanan tinggi lemak dan rendah serat seperti keju, produk tenusu, makanan diproses dan daging.

4. Anda juga boleh memilih pemakanan tambahan yang tinggi serat jika anda tidak mempunyai masa untuk menguruskan menu makanan yang seimbang. Herb-Lax Shaklee adalah sumber serat terbaik untuk melegakan masalah sembelit. 




Sembelit




Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. ia mengandungi 9 herba semulajadiyang bersifat menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Herba-herba yang terdapat dalam Herb-lax adalah:-

Senna leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckhorn bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi lembapan pada usus.

Licorice root - Membantu proses detokisfikasi.

Fennel seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

Anise seeds - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.

Blue malva flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

Culver's root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Alfafa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati.


Testimoni pengguna Herb-lax Shaklee.

Sembelit
 
.
Sembelit
 Artikal ini bertujuan memberi kesedaran umum tentang masalah sembelit, bukan untuk mendiagnosis penyakit. Dapatkan nasihat doktor.


Jika anda berminat untuk dapatkan Herb-lax Shaklee ataupun ingin mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah wasap Kak Nieza di nombor 011-1297 7959.

"Ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda untuk najis yang lembut dan lancar" :-)


Pengedar Shaklee
Kak Nieza
Id: 1221876
H/p: 011-12977959





Assalamualaikum..... Blog ini menjual Set Penjagaan Kulit Muka dan Set Kecantikan Eksklusif Enfuselle dan vitamin-vitamin Semulajadi Serta Produk Kesihatan Shaklee. Jika berminat, tekan SINI untuk maklumat pembayaran.


Tekan Gambar Untuk Zoom In